Alexandria Ocasio-Cortez
Alexandria Ocasio-Cortez

Alexandria Ocasio-Cortez

Alexandria Ocasio-Cortez (Sebutan Sepanyol: [oˈkasjo koɾˈtes]; lahir 13 Oktober 1989) atau juga dikenali dengan parapnya AOC, ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau mewakili daerah kongres ke-14 negeri New York (merangkumi Bronx Timur, sebahagian Queens utara dan tengah serta Pulau Rikers dalam Bandar Raya New York) dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sejak 2019 dari Parti Demokrat; beliau merupakan wanita termuda berkhidmat dalam Kongres Amerika Syarikat pada usia 29 tahun.[1][2] Beliau sebelum ini melibatkan diri dalam aktivisme setempat sehingga ke peringkat negara dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016 membantu kempen pencalonan Bernie Sanders.Beliau berkecenderungan sosialis hasil penglibatan dalam pertubuhan Democratic Socialists of America bersama seorang rakan sekerjanya Rashida Tlaib,[3][4] mereka berdua dalam kelompok progresivis berpengaruh dalam Parti Demokrat disebutkan sebagai "The Squad".[5] Beliau turut menonjol dalam menghubungkan kepada orang ramai dasar-dasarnya melalui media sosial.[6]

Rujukan

WikiPedia: Alexandria Ocasio-Cortez http://inthesetimes.com/article/21570/socialists-h... http://ocasio-cortez.house.gov http://www.c-spanvideo.org/ //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Alexan... //ms.wikiquote.org/wiki/Special:Search/Alexandria_... //wikisource.org/wiki/Special:Search/Alexandria_Oc... https://www.axios.com/alexandria-ocasio-cortez-twi... https://www.cnn.com/2018/11/06/politics/ocasio-cor... https://www.ocasiocortez.com/ https://www.politifact.com/personalities/alexandri...